Sammy's Blog

dua kata paling saya suka " action and passion "

defenisi dan bentuk komunikasi

| 0 Comments


Nama: Samuel Sitorus
NIM  : 1071510380


Komunikasi boleh diartikan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Dimensi utama komunikasi

Terdapat berbagai-bagai takrif komunikasi, dari takrif yang mengiktiraf komunikasi antara haiwan sehinggalah yang hanya mengiktiraf komunikasi antara manusia sahaja. Bagaimanapun, komunikasi biasanya diperikan berdasarkan enam dimensi utama, seperti yang berikut:
  1. Kandungan (apakah yang disampaikan?)
  2. Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa?)
  3. Bentuk (apakah bentuknya?)
  4. Saluran (apakah perantaranya?)
  5. Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa?)
  6. Tujuan.

[sunting] Proses komunikasi

Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk kepada tiga tingkat peraturan semiotik:
  1. Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal)
  2. Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna)
  3. Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya).
Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama. Perbualan merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima maklumat. Teori pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan.
Dalam model yang mudah, maklumat atau kandungan (misalnya, pesanan dalam bahasa sejadi) dihantar daripada penghantar kepada penerima menerusi saluran penghantaran, misalnya udara. Perantara komunikasi bukan sahaja membabitkan media massa dan media berita, tetapi juga merangkumi perantara tunggal yang digunakan untuk menyampaikan apa-apa data bagi apa jua tujuan. Bahantara ialah storan dan peralatan penghantaran data yang digunakan untuk menyimpan dan menghantar maklumat atau data. Jika wujudnya gangguan komunikasi dalam saluran penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan kandungan akan terjejas dan dengan itu, penghantar pesanan itu tidak akan mencapai kesan yang diingini.
Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks — misalnya intonasi, gerak isyarat, atau simbol bertulis — yang menyampaikan pemikiran atau perasaan. Kedua-dua bahasa pertuturan dan bahasa tulisan manusia boleh diperihalkan sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada simbol (leksem) serta juga peraturan tatabahasa yang mengolah simbol tersebut. Walaupun haiwan tidak memiliki sebarang bahasa tulisan, ia masih berkomunikasi dengan menggunakan bahasa, iaitu bahasa tersendiri.

[sunting] Kategori Komunikasi

[sunting] Komunikasi interpersonal

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain.atau antara maknusia proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.

[sunting] Komunikasai intrapersonal

Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.

[sunting] Bentuk dan komponen komunikasi manusia

Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.

[sunting] Teknologi komunikasi

Penyiaran radio dua hala transatlantik yang pertama berlaku pada 25 Julai 1920.
Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.

[sunting] Peranan perhubungan awam

[sunting] Juruteknik komunikasi

Juruteknik komunikasi menyediakan kepakaran khas yang diperlukan untuk program-program perhubungan awam. Oleh kerana ia sebahagian daripada kumpulan pengurusan, juruteknik bertanggunjawab menyediakan dan menghasilkan material komunikasi untuk kegunaan perhubungan awam . Juruteknik komunikasi menumpukan kepada kemahiran komunikasi (journalistic skill). Mereka terlibat secara langsung dalam menyediakan newsletter , kenyataan akhbar dan berurusan dengan pihak media. Mereka tidak hadir dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dan tugas mereka lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program. Keberkesanan tindakan komunikasi dan program bergantung kepada difinisi masalah, buat keputusan yang strategik dan kebolehan penyampaian. Kelemahannya mereka tidak menyumbang kepada pembuatan keputusan dan perancangan strategik.

[sunting] Pakar Pempreskripsi

Pakar Pempreskripsi bekerja sebagai penguasa ke atas masalah dan penyelesaiannya. Pelangan atau pengurusan selalu meningalkan tanggunjawab perhubungan awam kepada pakar dan mengandaikan perhubungan awam adalah peranan yang pasif. Pakar Penentu bekuasa dalamyang sensitive. Mereka bertindak sebagai penterjemahan dan orang tengah dalam saluran komunikasi terbuka (two-way permasalahan dan penyelesaiannya. Mereka mendapat kepercayaan pengurusan atasan dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan perlaksanaan program. Namun, mereka sering dipersalahkan kerana pihak pengurusan meletakkan kepercayaan seratus peratus ke atas pengamal perhubungan awam tanpa pengurus bertanyakan permasalahannya.

[sunting] Pemudah cara komunikasi

Pemudah cara komunikasi pula berperanan sebagai broker maklumat. Pengamal berkhidmat sebagai penghubung, penterjemah dan penyampai antara organisasi dan awam. Mereka juga adalah pendengar komunikasi). Mereka terlibat dalam pembuatan keputusan dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetulkan keadaan dengan hubungan komunikasi. Selain itu, fasilitator komunikasi turut menyediakan komunikasi turut menyediakan komunikasi untuk meningkatkan kualiti keputusan yang berkaitan dengan polisi, tatacara dan tindakan bagi kedua-dua belah pihak iaitu orang awam dan organisasi.

[sunting] Pemudah cara penyelesaian masalah

Pemudah cara penyelesaian masalah berperanan sebagai ahli kumpulan pengurusan dan memandu ahli yang lain melalui proses penyelesaian masalah yang rasional iaitu melibatkan semua bahagian organisasi dalam perancangan perhubungan awam publik dan proses merancang program. Mereka berkerjasama dengan pengurus untuk mengenali masalah dan penyelesaian masalah. Fasilitator penyelesai masalah juga menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan perancangan strategik dan mengamalkan proses perhubungan awam seperti kajian, tindakan, komuniksai dan penilaian. Mereka adalah pengurusan kini yang menyediakan kandungan polisi dan prosedur iaitu kuasa membuat perubahan yang bersama-sama dengan pengamal perhubungan awam dalam aspek pembuatan keputusan dan strategi komunikasi yang berkesan memerlukan kesefahaman, cadangan dan perancangan aktiviti. Fungsi ini juga mungkin termasuk kerja-kerja penentuan belanjawan dan bertanggungjawab menentukan orang yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam. Sebagai contohnya, presiden organisasi atau CEO selalaunya orang utama yang diberi tanggungjawab dalam aktiviti perhubungan awam.

[sunting] Menyemai hubungan

Kejayaan perhubungan awam professional ditentukan melalui kebolehannya membangunkan kemahiran mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam organisasi dan juga sumber luaran. Penilaian yang berterusan akan dilakukan dan setiap cadangan yang diformulakan oleh pengamal perhubungan awam perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan organisasi. Kebanyakan aktiviti perhubungan awam memerlukan kerjasama dan kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, undang-undang dan pemasaran. Perhubungan awam professional perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk membujuk publik agar profesion tersebut menjadi lebih efektif.

[sunting] Menulis dan menyunting

Perhubungan awam professional sentiasa cuba menemui dan berinteraksi dengan kumpulan manusia yang besar. Dalam aktiviti tersebut, bahan bercetak merupakan perkakasan yang penting. Contohnya, bahan bercetak yang meliputi laporan, kenyataan akhbar, brochures, ucapan, video, skrip, artikel majalah perdagangan, maklumat produk dan material teknikal, penerbitan pekerja, newsletter, laporan pemegang saham dan lain-lain bahan bercetak berkaitan dengan komunikasi pengurusan. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai medium komunikasi bagi kedua-dua publik iaitu publik dalaman dan juga publik luaran. Maklumat yang jelas dan gaya penulisan yang baik adalah penting bagi kerja-kerja perhubungan awam.

[sunting] Maklumat

Aktiviti perhubungan awam berperanan mengukuhkan sistem penyebaran bahan berita kepada akhbar, media penyiaran dan penyunting penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi dengan media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan. Maka, pengamal perhubungan awam perlu mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan penerbit dan bahan yang menjadi minat penyunting. Disebabkan penyunting dan penyiar mempunyai jumlah ruang dan masa yang terhad, maka pengamal perhubungan awam terpaksa bersaing dengan pengamal daripada organisasi lain. Pengamal perhubungan awam perlu mendapatkan penyunting, penerbit dan cerita pada masa yang tepat. Selain idea diterima berdasarkan berita dan nilai yang ada, kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama dengan media berita amat berguna bagi kedua-dua pihak pengamal dan media.

[sunting] Penerbitan

Kepelbagaian penerbitan, laporan khas, video dan program multimedia menyediakan banyak ruang untuk berkomunikasi bagi pengamal perhubungan awam. Perhubungan awam professional tidak memerlukan kemahiran dalam seni, reka letak, tipografi dan fotografi tetapi pengetahuan asas tentang teknik penyediaan adalah penting untuk tujuan perancangan dan penyeliaan.

[sunting] Acara khas

Persidangan akhbar, pameran, perasmian bangunan baru dan sambutan ulang tahun, peraduan dan anugerah, lawatan dan mesyuarat khas adalah sebahagian daripada acara khas yang boleh digunakan untuk meraih perhatian dan penerimaan kumpulan orang ramai. Ia melibatkan perancangan rapi dan kerjasama pelbagai pihak, perincian tindakan, penyediaan buku cenderamata, bahan publisiti dan laporan.

[sunting] Pengucapan

Tugas perhubungan awam selalunya memerlukan kemahiran komunikasi bersemuka iaitu dengan menyediakan ucapan dan menyampaikan ucapan. Pengamal perhubungan awamyang boleh berucap kepada individu atau kumpulan akan memperolehi kelebihan menyampaikan idea berbanding penulisan.

[sunting] Penyelidikan dan penilaian

Aktiviti penting yang perlu dijalankan oleh pengamal perhubungan awam adalah mendapatkan fakta. Ia boleh dilakukan melalui temubual, penyelidikan bahan-bahan perpustakaan dan perbualan informal. Penyelidikan juga boleh melibatkan teknik kaji selidik dan kepakaran, serta mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan pendapat publik. Selepas program lengkap dijalankan, perhubungan awam professional perlu mengkaji keputusan dan penilaian perancangan, perlaksanaan dan keberkesanan program. Pihak pengurusan mengharapkan input yang berguna kepada organisasi melalui penyelidikan dan penilaian yang dilakukan dalam aktiviti perhubungan awam.

[sunting] Profesionalisme pengamal perhubungan awam

Kajian terawal mengenai tahap profesonalisme pengamal perhubungan awam telah dilakukan oleh Gruning dan Hunt (1984) di kawasan Baltimore, Washington. Beliau menggunakan empat dimensi untuk membezakan pengamal yang professional daripada yang tidak professional. Empat dimensi tersebut ialah:-
  1. Pengamal nilai-nilai professional - Kebebasan daripada pengawasan yang berterusan semasa menjalankan tugas. Mempunyai pekerjaan yang bernilai dan penting kepada masyarakat. Berpeluang mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan. pengiktirafan daripada pengamal perhubungan awam yang lain. Golongan yang menentukan tahap profesionalisme mereka seperti ahli masyarakat, pihak pengurusan organisasi, pengamal perhubungan awam, pemimpin-pemimpin organisasi perhubungan awam.
  2. Nilai-nilai kerjaya iaitu pendapatan, keselamatan, status, dan pengiktirafan daripada golongan atasan dalam organisasi.
  3. Indeks aktiviti yang dilakukan oleh seorang pengamal perhubungan awam seprti menghadiri mesyuarat, mempersembahkan program, rancangan yang berkaitan dengan bidang perhubungan awam. Responden juga ditanya sama ada mereka menjadi ahli dalam Public Relation Society of America (PRSA).
  4. Latihan dan kelayakan yang ada pada pengamal perhubungan awam seperti mempunyai kelayakan dalam bentuk sijil, diploma, ijazah dalam bidang perhubungan awam.
Kesemua nilai professional dan nilai kerjaya adalah sama seperti yang digunakan oleh McLeod dan Hawley (1964) untuk mengkaji tahap profesionalisme wartawan dari Milwaukee. Gurning dan Hunt (1984) membandingkan nilai-nilai professional yang diperolehi dengan nilai kerjaya.
Indeks professional McLeod dan Hawley (1964) terdiri daripada 24 ciri-ciri pekerjaan yang diinginkan dalam mana-mana pekerjaan yang dibahagikan kepada 12 item professional dan 12 item bukan professional. Pengamal yang professional akan memberi skor yang tinggi dalam item professional daripada item bukan professional.
12 item professional yang disenaraikan oleh McLoed dan Hawley ialah:-
  1. Penggunaan penuh kebolehan dan latihan
  2. Peluang untuk keaslian dan dayausaha
  3. Peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan pengetahuan.
  4. Mencapai kemajuan dalam kerjaya professional.
  5. Bekerja dalam syarikat akhbar yang dikenali dan dihormati oleh wartawan lain.
  6. Pekerjaan yang dinilai dan penting kepada masyrakat.
  7. Penghormatan kepada kebolehan dan kecekapan rakan sekerja.
  8. Berpeluang mempengaruhi pemikiran public.
  9. Penyelia yang menghargai masa anda untuk memperbaiki kebolehan anda.
  10. Kebebasan daripada pengawasan rapi dalam menjalankan tugas.
  11. Berpengaruh dalam membuat keputusan.
  12. Satu pekerjaan yang membuat organisasi berbeza kerana saya menyumbang kearahnya.
Manakala 12 item bukan professional pula ialah:-
  1. Keseronokan dalam penglibatan kerja.
  2. Terdapat sokongan daripada orang lain
  3. Mencapai kemajuan dalam organisasi
  4. Pendapatan yang lumayan untuk menjalani kehidupan yang baik
  5. Bekerja dengan orang dan bukan benda-benda
  6. Keselamatan kerja kerana ia stabil
  7. Kegembiraan dan kepelbagaian dalam kerja
  8. Bekerja dengan orang-orang yang bersefahaman
  9. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam masyarakat
  10. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam organisasi
  11. Pekerjaan yang membolehkan saya bertemu dengan orang-orang ternama seperti pemimpin Negara.
  12. Pekerjaan yang tidak menganggu keluarga saya.

Leave a Reply